Muar through my eyes

Wednesday, March 8, 2017

Muar

Dah pernah sampai ke Muar?

Muar a.k.a Bandar Maharani

Or as us local say, Muor. We pronounce everything that ends with "ar" as "o". Contohnya: Saya nak ke Pasor Besor sekejap lagi, nak beli ayam. Selain sebutan camni, Muar juga famuous for satay for breakfast, Kopi434 & mee bandung. Tu rasanya top 3 je. Belum lagi apam balik, asam pedas, misiput... Ya, semua berkaitan dengan mengisi perut. Biasalah, kenyang perut suka hati. Siapa taknak rasa gembira kan?

Satay

Jadi kalau belum pernah sampai ke Muar, jom lah! Cuma 2.5hour drive from KL. Possibly the best city to be if you're meeting someone halfway from Singapore. Boleh lepak-lepak makan, minum kopi & jalan kat Tanjung. 

This is Muar through my eyes, so here goes.

Saya dilahirkan & dibesarkan di Muar, zaman 80an - 90an. Masa tu Muar ni belum jadi Bandaraya, apatah lagi Bandar Diraja. Back then masih lagi dengan Majlis Daerah Muar Selatan (MDMS), jumlah penduduk pun tak ramai sangat compared to now. Keluarga saya kebanyakannya cikgu, dan dalam bandar kecil ni, kebanyakan orang akan kenal keluarga cikgu ni. I spent 11 years in Convent School, dari Darjah 1 sampai la Tingkatan 5. Tapi kat Johor biasanya Muslims pegi 2 sekolah : sekolah kebangsaan & sekolah agama. Sekolah agama saya waktu tu nama nya Madrasah Irshadul Banat Muar. Sekolah arab, buku teks tak cakap Melayu, datang pun dari negara Arab. Tapi malangnya bahasa tu tak lekat di minda saya. Sayang betul. 

The all-new Tanjung Emas

Sekolah agama saya ni dah takda sekarang. Digantikan dengan nama lain, lokasi lain & nampak gayanya dah dijadikan sekolah kerajaan. Dulu lokasi nya di sebelah High School Muar. Yang best nya, kat area sini dalam parit besar ada biawak giant! Zaman tu nak ambil gambar kos nya mahal, jadi takda lah memori bergambar of that huge biawak. Tapi area dekat-dekat Tanjung Muar ni memang banyak biawak. Sebab dah dekat dengan muara sungai, dan ada kawasan paya yang mana banyak monyet jugak.

The other end of Tanjug



Kawasan monyet ni memang best. Dulu orang datang Muar, petang-petang mesti pegi drive ke hujung Tanjung untuk tengok & bagi monyet makan. Sekarang jalan tu dah tutup. Khas untuk orang berbasikal & berjalan kaki. Kawasan beriadhah. Dan dengar cerita monyet pun dah semakin berkurangan. Sedih, dulu itu lah hiburan kami sekeluarga. Yang tua, muda & babies sama-sama dapat tengok. Sejak jalan tutup, kami dah tak pegi lagi. Orang tua dah tak larat nak jalan masuk dalam tu, terlalu jauh.

Bila cerita pasal Muar pada masa dulu, memang rindu. Sekarang ni dah semakin maju, terlalu sesak dengan manusia. Dulu saya rajin naik basikal pusing bandar atau Tanjung pagi hari untuk exercise & ambil angin. Sekarang impossible rasanya. Takut dengan kenderaan yang tak putus-putus tu. Dulu Wetex Parade pun takda, paling best pegi Hock Hai (now known as Fresco) & Senyum (entah apa nama baru nya). 

Walau macam mana pun, Muar is home. Saya sayangkan Muar no matter what happens. 

Muar view from Tanjung

Dalam pos-pos akan datang, saya akan cerita kan pasal tempat makan, hotel & aktiviti menarik di Muar. Harap dapat bagi sikit-sebanyak info khas untuk non-Muarians yang nak explore this city.
Share:
Location: Muar, Johor, Malaysia

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

All contents & images are my own, unless stated otherwise. Powered by Blogger.